Kami Juga Manusia

 Kadang aku terfikir, kenapa masyarakat merasakan "kehidupan sebagai seorang remaja ini atau seorang pelajar ini ialah kehidupan yang mudah dan senang? Ya, kebanyakan kita hidup dalam suasana yang tenang. Segalanya disediakan oleh ibu bapa. Perlukan itu ibu bagi. Perlukan ini ayah bagi. Tidak perlu usaha untuk mempunyai kehidupan yang senang dan selesa. Kita (remaja/pelajar) hanya tahu meminta. Kita hanya perlu belajar dan dapatkan keputusan peperiksaan yang cemerlang. Tiada apa yang perlu dirisaukan", dan bermacam lagi 'andaian' masyarakat terhadap kehidupan sebagai seorang remaja. Kata masyarakat......


Aku pasti kebanyakan remaja seusia aku merasakan perkara yang sama. Merasakan bahawa ibu bapa susah memahami diri ini yang berdarah muda dan banyak lagi perkara yang tidak sekepala dengan hidup seorang remaja. Mereka berkata bahawa kehidupan sebagai ibu bapa ini tidak mudah. Banyak perkara yang perlu mereka fikirkan seperti duit, makan, minum, pakaian, tempat tinggal, keselesaan, kehendak, keperluan dan segala permintaan keluarga dan anak-anak. Senang cerita banyaklah tanggungjawab sebagai ibu dan bapa. Banyak beban yang perlu ditanggung. Aku yakin dan percaya kebanyakan remaja zaman sekarang yang mempunyai minda kelas pertama sentiasa memikirkan tentang perkara ini dan mengambil berat tentangnya. Kami (remaja/pelajar) sentiasa mengasihani dan menyayangi serta cuba memahami keadaan kedua ibu bapa kami. Tapi, berapa banyak ibu bapa yang tidak memikirkan tentang keadaan kami sebagai seorang remaja dan pelajar yang juga menanggung beban yang tidak kurang hebatnya seperti kedua ibu bapa kami.


Kami (remaja/pelajar) juga mempunyai hati dan perasaan yang perlu dijaga. Kami juga manusia yang ingin difahami dan memerlukan seseorang untuk meluahkan perasaan kami. Kami juga berusaha sehabis baik untuk belajar bersungguh-sungguh demi mencapai cita-cita dan membuat ibu bapa bangga. Kami juga cuba sehabis baik untuk membantu meringankan beban ibu bapa dalam menguruskan keluarga. Ada yang menjaga adik-adik, bantu mengemas rumah, bantu dalam pelbagai aspek kerana kami tahu dan sedar bahawa tanpa kami ibu bapa tidak dapat melakukannya seorang. Ibu bapa juga perlu keluar bekerja mencari nafkah supaya kami sekeluarga hidup dalam suasana yang cukup selesa dan serba lengkap.


Sedar atau tidak, masyarakat terlepas pandang untuk memerhatikan bahawa kehidupan seorang remaja dan pelajar tidak jauh bezanya dengan kehidupan dan tanggungjawab serta beban yang perlu ditanggung oleh ibu bapa kami. Kami juga kadang berjaga lewat malam belajar untuk membuatkan ibu bapa kami bangga pada suatu hari nanti walaupun mungkin bukan sekarang. Sehinggakan kami terlupa untuk memikirkan tentang kejayaan diri sendiri, kepentingan diri sendiri, masa hadapan yang ingin kami kecapi, kesejahteraan kesihatan mental kami, masalah yang berada di sekeliling kami dan pelbaga lagi perkara yang sepatutnya kami fikirkan. Tapi, kadangkala kami dimarahi kerana terlapas pandang beberapa perkara dalam kehidupan kami. 


Bukan untuk merendahkan tetapi kadangkala ibu bapa juga mempunyai cacat cela dalam menguruskan keluarga. Tapi siapalah kami sebagai seorang anak untuk mengkritik kecelaan itu. Kami akur dan teruskan kehidupan kami kerana kami tahu ibu bapa telah melalukan yang terbaik. Ya, kami faham ibu bapa mana yang tidak mahu melihat anaknya mendapat kejayaan dan inginkan yang terbaik untuk kami. Tetapi, pernahkah ibu bapa fikirkan kejayaan dan yang terbaik itu adakah kemahuan dan kehendak kami, adakah itu yang kami mahukan, mungkin kami mahukan kejayaan yang lain misalnya berjaya dalam bidang lain. Tapi kami masih lagi akur dan berada dalam keadaan yang tidak sedar bahawa semua ini bukan untuk kami tetapi buat ibu bapa yang dicintai.


Kadang kehidupan kami sebagai seorang remaja seperti hidup di dalam kalangan masyarakat yang mempunyai masalah perkauman. Kami sering ditindas, sering dipersalahkan dan sering menjadi kambing hitam dalam kehidupan.


Kami juga menghadapi masalah yang sama seperti mana ibu bapa kami lalui. Tekanan, buntu, penat dan sedih kerana kami juga manusia. Kami hanya mampu mendiamkan diri dan menelan segala pahit ini sendiri. Bayangkanlah kehidupan seorang remaja yang tidak begitu tahu untuk meluahkan perasaannya kepada ibu bapa dan tidak mempunyai ramai kawan dalam kehidupannya tambahan pula kawan yang dia ada hanyalah kawan yang boleh menemaninya tetapi tidak dapat memahaminya. Mashallah mencabar kehidupan kami sebagai seorang remaja.


Kehidupan kami sebagai seorang remaja sangat berbeza pada zaman ini berbanding dengan kehidupan remaja zaman dahulu. Pelbagai cabaran yang tidak diduga akan kami hadapi pada masa hadapan kelak. Kami bukan ingin mengutuk ibu bapa kami tetapi kami hanya ingin difahami. Kami juga ada hati dan perasaan yang perlu dijaga. Kami juga manusia.


-nukilan sang pendosa-


ps; this is not something personal, just sharing my thoughts





(kalau ada typo faham faham sendiri malas nak preview)



Comments

Popular Posts